Monday, 5 September 2011

Chapter 1 [B][HAEMORRHAGE] sambungan dari Chapter 1 [A]

Kelas pun dimulakan oleh cikgu Clara dengan salam perkenalan semua murid-murid.Semasa sesi perkenalan berlaku,secara tiba-tiba seorang cikgu masuk dengan berpakaian hitam dan bertopeng.

Cikgu Clara,boleh kita mula sekarang?”Tanya cikgu yang bertopeng itu.

Siapa dia ni cikgu?”Tanya Roy.

Dialah cikgu disiplin di tadika ini.”Jawab cikgu Clara.

Wah,hebatnya pakaian dia! Kenapa kita semua tidak berpakaian seperti itu cikgu?”jawab Roy.

Kamu semua ada pakaian khas masing-masing dan ianya mengikut skil yang ada pada diri masing-masing dan sekarang cikgu disiplin kita,cikgu Kaiser ingin membawa kamu semua ke bilik khas untuk mencari skil yang ada pada diri kamu semua.sekarang kamu semua boleh bangun dan ikut cikgu Kaiser sekarang.”terang cikgu Clara.

Baik cikgu!”jawab murid-murid.

6tahun kemudian.Roy berumur belasan tahun.

Hei budak,mana barang yang aku minta hari itu?Kau dah curikan untuk kami semua belum?”Marah tiga orang lelaki muda kepada seorang budak.

Tiga orang lelaki tersebut memakai baju bersalut perak dan berbadan tegap.Salah seorang daripadanya berambut panjang dan tangannya adalah pedang panjang dan sangat digeruni.

“Maaf abang,saya betul-betul minta maaf.Saya tak dapat barang yang abang nak.”Jawab budak tersebut.

“Kurang ajar punya budak!Kau tahu kan kalau kau tak dapat barang tu aku akan bunuh kau!"Tengking lelaki itu.

“Bagi saya masa lagi satu hari saja bang.Tolong lah jangan bunuh saya.Tolong bang.”Rayu budak itu.

“Baiklah,kami nak esok barang itu.Kalau tidak,kami bertiga akan bunuh kau esok!”Jawab tiga orang lelaki tersebut.

Budak itu terus lari meninggalkan tiga orang lelaki muda tersebut.Sementara itu secara kebetulan Roy dan Zodiak ternampak budak itu lari dengan keadaan takut dengan tiga lelaki itu.

“Kenapa dengan budak itu Zod?”Tanya Roy kepada Zod sambil minum air.

“Entah lah Roy,aku pun tak tahu.Jom lah kita tengok.”Jawab Zod sambil membaca buku. 

Roy dan Zod pun terus pergi kepada tiga orang lelaki itu tadi.Tiga lelaki itu sedang berborak-borak antara satu sama lain.

“Wei,Roy datang.Jom kita gerak.”Kata tiga orang lelaki tersebut.

Tiga orang lelaki tersebut kemudiannya ingin melarikan diri dan secara tiba-tiba angin lutsinar dari Zod telah mengepung mereka bertiga.Tidak sempat untuk Roy dan Zod untuk pergi menangkap tiga orang lelaki itu,ketiga-tiganya lesap dalam sekelip mata.

“Hampeh betul la,kenapa mereka lari?Siapa mereka bertiga itu?”Tanya Roy kepada Zod.

“Tak tahu la.Tak pernah nampak pula sebelum ni.Mungkin orang luar agaknya.”Jawab Zod.

“Nampaknya skil kau tak pernah-pernah menjadi.haha.”Jawab Roy sambil tergelak.

“Susah lah,kau ingat senang nak buat skil?Aku dah belajar dengan cikgu Zitril selama setahun.Tapi tidak menjadi-jadi.”Terang Zod.

“Itulah,cikgu Zitril ajar,kau pergi kacau aku.Sampai aku-aku tak paham ape cikgu Zitril ajar.”Jawab Roy.

“Haha,masa tu bukan kau yang ajar aku kacau orang ke?Aku pun kacau la kau.”Jawab Zod.

“Adui!Aku tak ajar untuk kacau aku.Dah la..Kalau layan kau ni bole jadi sawan agaknya.”Terang Roy.

“Oh yeke,aku boleh jadi kau sawan macam tu je ke?”Tanya Zod.

“Ha yela.aku rasa esok aku dah boleh gali kubur untuk kau.”Perli Roy.

“Haha,sabar-sabar.Aku nak bergurau pun tak boleh dah ke?Haha!”Jawab Zod.

Roy dan Zod pun terus bergerak menuju ke Bandar Volsef.Setelah sampai di Bandar Volsef,mereka pun berhenti di kedai makan.Dan secara tiba-tiba.

“Hoi!lama tak nampak korang berdua!”Terjah Lodia.

Semua orang yang berada di kedai itu memandang Lodia.

“Err,apa hal korang semua pandang aku?! Tak pernah tengok perempuan cantik ke?”Kata Lodia sambil berdiri di atas kerusi.

“Zod,kau kenal perempuan gila ni ke?”Tanya Roy kepada Zod.

“Apa kau kata aku?”Tanya Lodia

“Perempuan GILA!”Jawab Roy dan Zod.

PANNGGG!!Lodia memukul kepala Roy dan Zod menggunakan pinggan yang berada di atas meja makan dengan kuat.

“Kau tak kenal aku ke?”Tanya Lodia.

“Weh,sakit la!Tak kenal kau pun.”Jawab Roy dan Zod.

“Oh ya ke?Maaf salah orang.Maaflah ya korang berdua.Saya selalu salah orang”Terang Lodia.

Errr.pergi main jauh-jauh ya.”Jawab Roy.

Lodia pun pergi meninggalkan kedai itu.

Sementara itu Roy dan Zod pun mula bersembang di kedai makan itu.

“Apa lah budak perempuan itu,buat huru hara kedai makan ini.”Roy berkata.

“Sakit kepala aku dia pukul tadi.Nak je aku belasah dia tadi.Nasib baik perempuan,boleh deal talian hayat.haih!”Terang Zod.

Makanan pun sampai.

“Roy,berbalik kepada cerita petang tadi.Siapalah budak tiga orang yang lari tu.Mesti ada apa-apa kan.”Tanya Roy.

BERSAMBUNG xD