Friday 19 August 2011

Chapter 1 [A][HAEMORRHAGE]

Sunyi rasanya bila berada dalam alam tadika..rasa seperti berada dalam dunia khayalan.Bermain-main bersama teman-teman.Tidak ada hala-tuju dan tidak nampak erti kehidupan sebenar.Matahari mula terik serta menyinari kehidupan alam yang indah ini.

Gipstone adalah bapa kepada seorang budak ini,Roystone juga dikenali sebagai Roy oleh kawan-kawannya.Roy mula belajar di tadika dan belum menemui tujuan sebenar bapanya menghantar dia ke tadika untuk membuat apa.Dalam diri Roy hanya tahu bermain-main dengan rakan.Memang sudah menjadi kebiasaan Roy bermain kerana bapanya biasa memberi permainan kepada Roy.Roy kelihatan tidak begitu gembira untuk memulakan kelas pertamanya.

Roy!bangun,dah nak pergi belajar ni kan.” Kata Gipstone kepada Roy.

Aduh,,kene bangun awal.mandi awal.SEJUK!malas betul la nak mule belajar ni.kalau main game je kan seronok.” Roy merungut sambil melemparkan bantalnya.

Dunia,amat indah bila ada orang yang sayang kita.Roy amat menyayangi ibunya,Sophea.Ibunya selalu mengambil berat tentang anaknya dan sentiasa melarang untuk membuat perkara yang tidak elok. Ketika Roy berada di alam tadika.Gipstone mempunyai kawan iaitu Andrea.Andrea mempunyai seorang anak perempuan dan sebaya dengan Roy.Anak perempuannya bernama Olivia.Roy pun mula mengenali Olivia.

Olivia,ni kawan baru kamu,Roy.” Kata Andrea kepada anaknya.

Olivia seorang yang pemalu dan hanya berdiam diri ketika bertemu dengan Roy.Gipstone dikenali Andrea kerana Gipstone adalah seorang ketua pahlawan yang terkuat di Negara Volsef ini dan Andrea pula adalah ketua pengawal di Negara itu.

Apa khabar Gipstone,saya amat berbangga kerana dapat bertemu dengan kamu. Ini anak saya Olivia. Tak tahu pula yg anak kita sebaya.” Kata andrea kepada Gipstone.

Khabar baik,oh,comel betul anak kamu Andrea.Harap-harap mereka berdua berbaik-baik antara satu sama lain,bukan apa..budak-budak ni kan selalu je bergaduh.Nama pun budak..” Jawab Gipstone sambil tersenyum.

Betul tu.Same juga masa zaman kite dulu kan..kecik-kecik memang tak sah kalau tak bergaduh..hahaha!” Jawab Andrea sambil ketawa.

Gipstone dan Andrea pun pergi meninggalkan anak masing-masing dan terus pergi ke kedai berhampiran untuk berborak panjang. Sementara itu Roy dan Olivia pun mengenali antara satu sama lain.

Hai,saya Roystone.hensem tak saya.” Kata Roy kepada Olivia.

Hei,perasan lebih!Menyesal jumpa kau,dah la first day aku dekat tadika ni.” Jawab Olivia dlm keadaan bengang.

“Err,aku lagi menyesal sebenarnya jumpa kau dekat tadika ni.Nasib baik kau comel.Kalau tak aku dah tak layan kau dah.” Jawab Roy dengan muke berlagak.

Kau jangan perasan lah gila,Kau ingat aku nak berkawan dengan kau ke?tak ingin aku!” Tengking Olivia..
Roy pun terdiam dan terus meninggalkan Olivia begitu sahaja.

Kringggggggg!!(loceng berbunyi menandakan kelas hendak bermula)

Ok murid-murid.Duduk tempat masing-masing ok.Nama cikgu Clara.Cikgu nak beritahu sesuatu yang penting untuk pelajaran kita di sini.Saya nak Roystone menjadi ketua kelas ok.Sebab dia adalah anak ketua pahlawan di Negara kita ini dan perlulah kite memberi penghormatan kepada keluarga dia..”kata cikgu kepada anak-anak murid.

“Kenapa pula cikgu?Dia ni dah la perasan,tak sedar diri.Layak ke dia jadi ketua kelas?saya tak setuju!”bantah Olivia.

Eh,apa pula aku perasan..memang aku ni hebat.aku memang dilahirkan untuk hebat macam sekarang ni..haha!” jawab Roy dengan berlagak.

“Tengok tu cikgu,dia perasan lagi..susah betul nak ajar dia ni..” jawab Olivia.

Dah!,korang berdua jangan bergaduh lagi..kalau saya dengar lagi korang berdua bergaduh.saya akan halau kamu keluar dari kelas saya.” Jawab cikgu dengan tegas.

Baik cikgu.”jawab Roy dan Olivia.

Kelas pun dimulakan oleh cikgu Clara dengan salam perkenalan semua murid-murid.Semasa sesi perkenalan berlaku,secara tiba-tiba seorang cikgu masuk dengan berpakaian hitam dan bertopeng.

Cikgu Clara,boleh kita mula sekarang?”Tanya cikgu yang bertopeng itu.

Siapa dia ni cikgu?”Tanya Roy.

Dialah cikgu disiplin di tadika ini.”Jawab cikgu Clara.

Wah,hebatnya pakaian dia! Kenapa kita semua tidak berpakaian seperti itu cikgu?”jawab Roy.

Kamu semua ada pakaian khas masing-masing dan ianya mengikut skil yang ada pada diri masing-masing dan sekarang cikgu disiplin kita,cikgu Kaiser ingin membawa kamu semua ke bilik khas untuk mencari skil yang ada pada diri kamu semua. Sekarang kamu semua boleh bangun dan ikut cikgu Kaiser sekarang.”terang cikgu Clara.

“Baik cikgu!”jawab murid-murid.

[BERSAMBUNG] >>Chapter 1 [B][HAEMORRHAGE]

0 comments:

Post a Comment